Jan 3, 2017

Hostel Part 2

Okay sambung lagii hahaha.
Ada satu hari tu actually tu minggu balik. Tapi aku tak balik sebab ye lah mana orang kat rumah so malas lah balik.Then aku stay hostel dengan kawan aku,faten pastu nik tak balik. pastu sape lagi ek? ada ramai gak lah budak f3 sebab dyorang ada kelas. Petang tu aku tidur after balik sekolah tu. Then bangun tu tak de orang and asrama tu nampak seram betul. Aku rasa macam aku sorang je. Bayangkanla tingkat 1 tu memang takde orang langsung aku sorg je. Aku pun cuak lah. Aku nie penakut tau tak -_- . Aku pun cepat-cepat pakai baju sebab time tu pakai singlet je. Pastu time tu dah puku; 6.30 tak silap and macam dah agak gelap. AKu baru lepas mandi time tu so bilik aku mcm gelap plus hari macam nak hujan sebab langit gelap. Sumpah seram -_- . Lepas pakai baju tu aku nak keluarlah dari bilik tapi dalam kepala nie macam-macam benda aku fikir. Kot-kot ada 'benda' yang datang dari hujung blok ke. Aku pun time nak keluar tu aku baca doa dulu.
" Ya Allah janganlah ada hantu ke atau ada apa-apa yang ada sepanjang blok nie sebab aku nak lariiii." Lepas aminkan doa tu aku pun keluarlah. Ikutkan aku x nak pandang lorong blok aku yang ksoong tu. Sekali aku pergi pandang. And ada someone tengah berkemban,pandang aku. Time tu aku terduduk menjerit hahahaha. PAstu sampai nak nngis aku jerit tutup telinga sambil duduk mencangkung hahahha. Aku tak tau apa motif aku duduk macam tu -_- . Sekali yang berkemban tu jerit sekali. Lepas aku penat aku stop and aku pandand dia. Dia pun stop pandang aku hahaha. Rupanya kawan aku. I mean budak bilik mariam. Dia tak balik jugak,Farhana nama dia . Aku macam nak mencarut je time tu and aku terus cakap.
"FANAAAAA.. Kenapa awk berdiri kat situuuu?" Aku bangun time tu. Cover cover -_- 
"Saya baru lepas mandi." Tak lama tu dia gelak.
"Takut sayaaaaa." Lepas tu aku cakap kat dia aku nak turun makan. Sampai dewan makan,Faten tanya aku kenapa muka pucat. PAstu aku cakap..
"Eiii lain kali janganlah tinggal aku sorang. Aku betul-betul nak nangis!!!" Aku rasa nak lepuk je dia hahaha. And aku macam lantak lahh. Pastu dia tanya tak nak makan ke. And aku nampak ada lauk ikan and sah lah aku tak makan. Aku tak suka ikan.
NEXT STORY
Apa lagi ek? Haaa nie time SPM actually. Aku throwback mana aku ingat je lah. Hahaha tak banyak yang aku ingat. Lusa exam sejarah so aku pulun lah baca sejarah. Aku jenis baca last minute huhuhu. And aku baca dengan momot sampai pukul 2 lepastu mata aku macam nak terkeluar sebab penat. Berapa hari aku pulun sejarah je. Nak muntah pun ada hahaha. Aku yang last tutup lampu sebab momot dah tidur. Lepas tutup lampu tu aku pun naik lah atas katil,aku duk katil atas. Lepastu time naik tu aku tak leh tidur. Time tu menyesal rasa tutup lampu. Time tu dah start takut. Bila dalam gelap and macam semua dah tidur kepala aku nie dia start fikir macam-macam hahaha. Benda tu atas loker lah. KAt tingkap lah. Aku pun baca doa banyak-banyak and pejammm mata lama-lama. Time aku dah nak masuk dalam alam mimpi,aku dah macam lega. Sekali tiba-tiba ada orang cuit lengan aku. Aku pun tersentak and bukak mata. Ada benda selubung dengan selimut putih pandang kat aku. Aku tak reti nak cakap perasaan rasa nak terjun bawah and peluk momot. Aku tak nampak muka benda tu sebab aku pakai spek and reaction aku terhadap benda tu is aku menangis hahahahha. and aku cakap.
" Tak nakkkkk. Saya tak nakkkk" Aku tolak-tolak dia dengan tangan aku.  Lepastu benda tu pegang tangan aku!! Aku terus lempang muka benda tu hahaha.
"Woi qihaaa." Aku terus kelip mata.
"Ni faten lahh." Aku pandang dia. DIa pegang pipi dia hahaha. Sakit lettuw.
"Serious faten?" Pastu aku pegang muka dia then aku lempang lagi.
"Sakittttt" Dia marah hahaha. aku pun bangun and usha katil depan aku . Takde orang. Faten tertidur time study tadi. And katil dia depan katil aku. Dia memang takde depan katil tu so aku macam ye kot. 
"Kau pahal datang sini?" Aku tanya dia. Dia cakap dia nak tidur dengan aku so aku suruh dia naik atas katil aku. Time nak tidur tu boleh pulak dia gelak. Sakai hahaha. Meremang bulu roma aku.
"Kau pahal gelak hah?" Aku tanya dia. Dia cakap lawak pastu gelak lagi. And aku tak tahan and aku cakap.
"Kau kalau nak gelak,gelak esoklahhhhh. Kau gelak sekali lagi,aku sepak kau." Aku risau tu bukan faten. faham x? Sebab tu aku mcm kasar sikit. Esok tu aku terjaga dia memang kat sebelah aku. Kaki dia atas perut aku hahaha sabar je lah.
Rupa-rupanya,momot terjaga time faten pergi kat katil aku. Momot pun takut hahahahhaha. Momot cakap.
"Time tu saya tarik selimut,saya takut sangat nak tengok muka dia." PAstu memang kitorang gelak macam nak gila sebab faten sorang. And budk form 4 pon nampak dia,raja nampak dia. Actually malam tu aku memang nak sepak je faten tu,tapi kaki aku tak gerak sebab aku macam meracau je hahaha.
NEXT STORY
Yang ni time SPM jugak. MAlam tu budak account ada kelas. And time tu memang asrama kosong,tinggal budak spm je. And time tu aku mandi lah dengan faten kat blok lama sebab blok baru tak de air. PAstu after mandifaten ajak pergi tempat sidai kain belakang surau. Aku pun temanlah. Belakang surau tu tak de lampu. Kalau nak lampu bukak surau punya lampu so adalah sampai luar lampu tu. And aku pun angkatlah baju. Tiba-tiba faten cakap macam ni,
"Qiha kau tunggu jap aku nak pergi satu tempat japppp." And dia terus lari. 
"Woi fatennnn" Aku panggil dia,dia tak menoleh and tak apa langsunggggg hahaha. Aku stress nak terkencing aku rasa. Aku tak fikir panjang. Aku lari terus dekat dengan bilik study. PAdahal ada budak account,laki pun ada, aku bedal je duduk dekat dengan bilik study tu. Aku dah lah berkemban time tu. Tak kesah lah aku takut gila. And aku panggil nama faten banyak kali sampai nangis kat situ. Ikutkan aku nak masuk je bilik study tu tapi aku tak delah gila sampai tahap tu. Tak lama lepastu faten datang and dia boleh tanya kenapa aku kat situ hahaha. aku tak gerak langsung tapi dia pergi kat aku. Dia gelak -_-  !
"Asal duduk sini?" And aku cakap,
"Tunggu kau lah!" And nangis aku hahaha. And dia cakap aku comel. Dengar comel tu aku terus berhenti nangis hahahha. Tah pape betul -_-



* Conclusion *



Apa lagi ek? Hahaha aku pun lupa dah. Tu kot setakat nie hehehe. Nanti kalau ingat i update lagi. Night =)

No comments:

Post a Comment

Best tak baca blog saya? Kalau baik, komen la.. Kekekeke..